Tuesday, November 2, 2010

Arahan pemimpin yang fasik

~Jika orang fasik menjadi pemimpin, ketua negara atau sebagainya, maka segala arahannya yang tidak bercanggah dengan syariat Allah hendaklah dilaksanakan dan apabila berlaku percanggahan dengan syariat Allah, maka tidaklah harus dipatuhi malah mestilah ditolak.

HUKUM ORANG YANG FASIK MENJADI WALI

             Imam Syafié berpendapat bahawa org yang fasik tidak sah menjadi wali nikah. Manakala Imam Abu Hanafi dan Imam Maliki berpendapat bahawa orang yang fasik boleh (harus) menjadi wali nikah kerana dia layak menjadi wali kepada hartanya, justeru itu dia lebih layak menjadi wali kepada perkahwinan.

Allah Taála berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 7 yang bermaksud :


              "Dan ketahuilah bahawasanya ada dikalangan kamu Rasulullah saw."

         Rasulullah saw masih ada di kalangan kamu, maka janganlah ada dikalangan kamu membohongi Rasulullah saw. Kamu hendaklah memaklumkan kepadanya berita yang sebenar. Menerima berita yang sebenar daripada pengajaran yang sebenar. Kalau kamu mendustakan Rasulullah saw, maka Allah Maha Mengetahui dan Allah akan mendedahkan kerja-kerja tidak betul yang kamu lakukan itu.

(petikan dari naskah tafsir alhujurat, pengantar YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang)

No comments:

Post a Comment