Sunday, October 31, 2010

Majlis sumbangan sempena Deepavali 2010 Parlimen Jerai

Salam... sekadar ingin berkongsi. Pada 31/10/2010, telah terlaksana satu program ataupun majlis sumbangan sempena deepavali bagi tahun ini khas untuk warga India yang tinggal di dalam Parlimen Jerai. Turut hadir bersama menyampaikan sumbangan, YB Ust Mohd Firdaus Jaafar, selaku Ahli Parlimen Jerai, En Muzaini bin Azizan, Pegawai Khas YAB Menteri Besar(kawasan) serta pimpinan masyarakat,pimpinan parti politik, kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai dan penduduk Taman Seri Utama di mana tempat diadakan majlis ini. Dan di kesempatan pada majlis petang itu,seluruh warga India telah mengisi borang penyertaan Dewan Himpunan Penyokong PAS bagi Kawasan Jerai. Dan apa yang diharapkan agar mereka ini dapat memberikan kekuatan khususnya PAS dan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kemenangan yang sedia ada, khususnya di Parlimen Jerai.